Selamat Datang Ke Madkhal

Madkhal memberi akses dan panduan ilmu agama Islam buat segenap masyarakat Islam.

Madkhal bertujuan untuk meluaskan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Islam terhadap khazanah Ilmu dan tradisi Islam serta mempertingkatkan penghargaan terhadap para ilmuan dan Asatizah tempatan di Nusantara.

Kandungan agama berserta video-video di dalam Madkhal dibangunkan oleh para sarjana Islam, ilmuan dan asatizah setempat.

Kelebihan Madkhal

Jadual Pembelajaran
Fleksibel

Platform kami memberikan akses kepada pembelajaran Ilmu Islam secara berstruktur mengikut waktu dan kelapangan anda

Dari Para Ilmuan
Yang Berkelayakan

Belajarlah dari ilmuan yang diiktiraf dan berkelayakan, sesuai bagi mengikut bidang dan kepakaran

Topik Ilmu
Komprehensif

Madkhal menawarkan seleksi topik-topik Ilmu agama yang luas dan komprehesif, demi menaiktarafkan ilmu agama anda

Soal-soalan

Setiap asatizah yang dijemput dalam siri video Madkhal merupakan alhi ilmu setempat dalam bidang masing-masing. Mereka telah dinilai oleh pasukan Asatizah Madkhal dan mendapat nasihat daripada Panel Penasihat Madkhal iaitu Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir dan Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Mohamed Sabri Bin Haron

Aplikasi Madkhal sesuai digunakan oleh segenap masyarakat awam yang ingin memahami ilmu islam secara berstruktur bermula daripada umur 15 tahun dan ke atas

Terdapat 7 topik ilmu utama yang boleh diakses oleh pengguna melalui Aplikasi Madkhal iaitu Asas Fardu Ain, Syariah, Ilmu Quran, Ilmu Hadis, Akidah, Akhlak dan Sejarah Islam. Bermula daripada asas, topik-topik akan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi dan mendalam

Aplikasi Madkhal memberikan akses kepada pengguna melalui siri video secara episod bagi setiap topik yang dibahaskan oleh asatizah yang pakar dalam bidang masing-masing. Episod pertama bagi setiap Modul adalah percuma. Episod seterusnya perlu kepada langganan (bulanan atau tahunan). Madkhal boleh diakses melalui laman web, dan aplikas alat mudah alih (android dan iOS) bakal menyusul tidak lama lagi. Nantikan perkembangan ini.

Objektif Madkhal adalah untuk memberikan panduan serta akses ilmu agama Islam yang sahih dan berstruktur buat segenap masyarakat Islam khususnya di Nusantara